You Are Reading

0

antivirus kebanggan

zero Saturday, March 19, 2011
NVR3

Neo Virus Remover 3 merupakan versi terkini bagi siri NVR yang mula dilancarkan awal 2008 dulu. NVR3 merupakan perisian keselamatan komputer yang membantu anda mengesan kehadiran objek-objek yang tidak dikenali dan memudaratkan sistem komputer anda. Menggunakan teknologi pengesanan pintar dan kumpulan pangkalan data yang besar, lebih dari 25 ribu ancaman keselamatan komputer dapat dikesan oleh NVR3.

Selain menggunakan maklumat dari pangkalan data, NVR3 juga mempunyai enjin heuristik yang mengesan ancaman yang berbentuk polymorphic dimana kandungan berubah-ubah dan unik. Pangkalan data sebesar mana pun belum tentu lagi mampu mengesan kehadirannya. Oleh itu, teknologi pengesanan heuristik mampu mengesan kehadirannya berdasarkan ciri-ciri ancaman yang telah dikenalpasti.

main

Untuk makluman, perisian ini (NVR3) telah dibangunkan oleh saya dan ianya adalah PERCUMA dan tidak terikat dengan mana-mana terma atau syarat. Anda bebas menguna dan mengedar selagi tidak mengambil keuntungan daripanya.

Antara Fungsi-fungi yang terdapat dalam NVR3

  • Scan Engine (MD5 Base)
  • Heuristic Scan Engine (Script/Binary Analyzer)
  • Compressed Archive Scanner (Scan the files in archive(.rar,.zip,cab,arj,dll..) *
  • Process & Memory Scanner (Mengimbas proses aktif dan memori sistem)
  • Membaiki Entri Registry(Entri yang dicipta atau diubah oleh virus,worm,dll)
  • Emergency Fix ( Memberi ‘rawatan’ kecemasan sekiranya anda secara tidak sengaja teraktifkan virus/worm)
  • Memory Cleaner(Mengosongkan memori yang tidak lagi digunakan oleh semua process)
  • Kill All Processes(Mematikan semua user processes)
  • Tambah Fungsi (Add-on/plugin : fungsi-fungsi terkini boleh ditambah dari semasa ke semasa)*
  • Live or Local Update (Pangkalan data boleh dikemaskini melalui secara online atau offline)
  • Check For New Version (Versi atau build terkini boleh disemak dan dimuat turun secara online)

*Masih Dalam Pembangunan

NVR3 Masih dalam peringkat BETA dan sedang diuji. Sebarang masalah atau pertanyaan, boleh dimajukan di sini. Sekiranya terdapat bugs, sila maklum segera untuk tindakkan segera.

scan01
tools

http://tinyurl.com/nvr3beta

Tapi ni masih Beta version..

terima kasih.

p/s : pastikan anda update database sebelum gunakan scanner.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2010 Zerox & Pidot